Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Thursday, February 10, 2011

'My h0Me swettiest h0me'

SaLam Rahmat Untuk semua. Ada sesetengah pendapat mengatakan Rumah itu Syurga ku. Syurga dunia, tempat dimana kita bersama suami atau isteri dan anak-anak kita.

*my Fav. Flowers, Bought at IKEA*
Rumah tangga yang harmoni mencerminkan kenikmatan dunia yang pastinya semua orang mengimpikan.
*mY lepaking Space*
Persekitaran rumah yang harmoni, damai, dan ceria bukan sekadar hiasan dan segala kelengkapan yang ada, tapi keharmonian itu akan terasa nikmatnya andai adanya cahaya kasih sayang antara penghuni rumah itu.

*Meja jepun hadiah dr arwah mertua, aku cat dgn My mr Hb*
Andai seluas mana rumah kita, sebesar mana lampu-lampu chandelier yang dipasang, andai tiada cahaya kasih disulami sinar keimanan, maka tiada seri lah rumah serta malaplah setiap sudut rumah itu.
Oleh itu, hiasi rumah tangga dengan cahaya itu. Cahaya kasih dan cinta, cahaya keharmonian. Sulami setiap tingkah dan perbuatan dalam Syurga kita didunia ini dengan keimanan dan kepercayaan. 

*DeCo by Me n Mr Hb*
*mY fav. Flowers too. Present frm my uncle*
Sentiasa reda dengan setiap dugaan dan cabaran berbahtera dalam syurga itu. InsyaAllah, ketenangan akan sentiasa bersama-sama kita.
*wHite, its cool being white :)*
Semuga kita sentiasa menjadi hamba Allah swt yang senantiasa bersyukur dengan segala nikmat mahupun musibah yang diberi. Semoga Allah swt sentiasa menempatkan kita di kalangan mereka yang mendapat kasih sayang daripadaNya...amin....


Ke pekan Jasin kedai si nyonya,
Nyonya cantek bersanggul bunga,
Indah bunga kerana warnanya,
Indah manusia kerana pekertinya.

Written by: mamaSyiraah...

No comments:

Post a Comment