Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Wednesday, February 2, 2011

A story of Nur Insyiraah Binti Khairol

Nur Insyiraah Binti Khairol. Cahaya Kegembiraan dan Ketabahan Hati. Secantik dan seindah nama yang suami ku pilih untuk anak kesayangan kami yang hari esok genap umurnya dua tahun lima bulan. Nur Insyiraah anak sulung ku yang sangat istimewa. Pada mulanya blog ini aku cipta khas untuk dia, tapi lama-lama dah jadi blog aku sendiri. Sebabnya, kadang-kadang aku semacam tak ada kekuatan untuk bercerita tentang puteri sulungku ini. Iyalah, idea tu tak payah cakap la. Memang selalunya tak ada kalu aku ada masa. Hari ini 25 Februari 2011 aku rasa nak update and buat editing cerita tentang Insyiraah.Nur Insyiraah puteri sulungku dilahirkan pada 26 September 2008, bersamaan 26 Ramadhan. Hari Jumaat dan waktu orang ramai berpusu-pusu nak ke masjid untuk menunaikan solat zuhur dan solat Jumaat, waktulah aku ditolak masuk ke bilik operasi. Insyiraah lahir secara pembedahan sebab masa itu umur kandungan baru je 32 minggu dan Insyiraah saiz kepalanya dah melebihi normal saiz. Jadi untuk mengelakkan keadaan lebih teruk dan rahim aku tak rosak, doctor cadangkan Insyiraah dilahirkan lebih awal berbanding tarikh sebenar bulan November. Emm, kenapa Insyiraah terpaksa lalui semua ini? 
Insyiraah sebenarnya menghidapi congenital hydrocephalus. Sewaktu dalam kandungan, masa itu usia kandunganku lima bulan nak masuk enam bulan, doktor sah kan kepala Insyiraah semakin membesar. Waktu scan tisu otaknya dah dipenuhi air. Maksudnya ruang untuk tisu otak dah dipenuhi air. Allah sahaja yang tahu waktu dapat tahu keadaan Insyiraah dalam kandungan.  Rsa macam nak pengsan pun ada. Alhamdulillah, masa pergi scan dengan mak dan dayang. Mak yang banyak bagi sokongan supaya kuatkan semangat. Papa Insyiraah tak ada. Kami selepas nikah duduk jauh-jauh.  Terus call suami, beritakan kepada dia hal Insyiraah. Suami pun bagi dorongan dan suruh kuatkan semangat dan teruskan berdoa. Kesian Insyiraah. Tak tahu apa puncanya, tapi menurut doktor akibat jangkitan kuman yang menyebabkan saluran ventrical yang membawa air di kepala Insyiraah tersumbat. Sebenarnya, penyakit ni bukan saja boleh dihadapi oleh bayi dalam perut jer, yang dah  lahir pun kemungkinan untuk kena tu memang ada. Sedangkan orang tua pun boleh kene cuma Insyiraah kene waktu tisu otak nya belum berkembang, jadinya bila lahir perkembangan Insyiraah lambat dari kanak-kanak biasa. Waktu sebelum Insyiraah lahir, ada sesetengah doktor yang merawat maklumkan kepada aku dan suami yang Insyiraah tak boleh hidup lama. Tapi alhamdulillah, 
Insyiraah semakin kuat dan sihat walaupun lambat sikit dari kanak-kanak normal yang lain. Berbalik pada kisah hari Insyiraah dilahirkan, waktu tu aku sorang-sorang je kat hospital. Suami ada temankan, tapi terpaksa balik sebab nak solat Jumaat. Pada mulanya doktor cakap aku dijangkakan menjalani operasi jam lapan pagi. Nah, tunggu punya tunggu pukul satu tengahari barulah aku ditolak masuk ke bilik operasi. Biasalah, hospital kerajaan. Emm, lambat sikit jelah, yang penting servis dari kakitangan dan jururawat GH Melaka memang yang terbaik. Aku bangga dengan keikhlasan mereka bekerja. Sangat puas hati. 'Customer Service' terbaik. emm, pengalaman melahirkan Insyiraah pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kalau Insyiraah dapat baca blog mama ni nanti, mama nak Insyiraah tahu, pengalaman melahirkan Insyiraah merupakan mengalaman paling manis dalam hidup mama. 
Mama gembira dapat lahirkan Insyiraah dengan selamat, tapi waktu itu mama sedih sangat sebab mama tak dapat tengok Insyiraah walau pun sesaat. Insyiraah keluar je terus mereka hantar ke CCU. Sedih Allah je yang tahu. Orang lain bersalin ada bayi kat sebelah, mama sorang-sorang je. Dah masuk hari kedua barulah mama dapat pergi jenguk Insyiraah kat nursery. Nak ikutkan tak kuat lagi mama masa tu, tapi mama gagahkan diri tengok anak mama yang comel. Jauh jugak nursery dengan bilik mama, mama suruh papa tolah pakai wheel chair. Balik dari melawat Insyiraah mama jalan. Mama tak mahu pakai wheel chair sebab mama tak nak harapkan wheel chair. 


to be continue......:) penat lah... tak sempat nak edit pun ni....

8 comments:

  1. "miss u too mak ngah", that would be syiraah said if she can mak ngah...

    ReplyDelete
  2. so sweet..dugaan masing2 kak...
    moga lbh tabah...

    ReplyDelete
  3. nad: yup nad...setiap dugaan yang dtg n pergi memg kdg2 menguji keimanan kite. sma ada kite kuat atau tidak... banyak lg kisah insyiraah...insyaAllah, coming soon...:)

    ReplyDelete
  4. umi....sedih juga bace kisah kau....ingat la, dugaan yg tuhan bg sume ujian utk kite lbh tabah n kite x akan diuji jika kite x mampu menanganinya.....moga keajaiban berlaku berkat kesabaran kau.......

    oja

    ReplyDelete
  5. thnks oja... tulah, kene terima dgn hati yang terbuka. memg kdg2 tu rase berat sgt, tp demi anak, kene tabahkan juga. melangkah hari demi hari dgn harapan Insyiraah boleh berjalan mcm kanak2 lain....

    ReplyDelete
  6. salam umi..
    menitis air mata akak baca kisah insyirah.Sesungguhnya akak xmengetahui keadaan anak kamu yg istimewa kurniaan allah pada kamu dik.jagalah permata hati ini dengan sebaiknya,sampaikan salam peluk cium akak pada insyirah ye

    ReplyDelete
  7. Dugaan kak ita... 2yrs 4 mnths umur insyiraah skang. alhamdulillah, makin sht. Baru lah umie nk start keje balik kak. Tapi, sbgai manusia, umie reda, and sentiasa bersedia dgn apa pun ketentuan dr Allah yg bakal umie tempuh. semua yg ada pada kita pinjaman, insyaAllah, esok lusa Dia akan ambil...yg pntg selagi ada umur di badan umie jg anak umie mcm kanak2 normal yg lain...insyaAllah kak... :)

    ReplyDelete