Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Friday, February 11, 2011

"Kisah Dayang and Mak Yang"

*Me n My Lil Dayang*
Assalamualaikum. Semoga sahabat yang melawati dan melewati laman kecil ini sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Emmm, hari ini pagi-pagi buka FACEBOOK. Terbaca status kakak ipar mengenai anak buah kesayangan ku yang baru 4 tahun, skolah di salah sebuah taman Asuhan Kanak-kanak Islam di Jasin, Melaka. Luahan hati seorang ibu yang risaukan anaknya tak nak menulis, tapi nak mewarna sahaja. Mamasyiraah terus teringat balik waktu zaman kecil-kecil dulu. 
Mamasyiraah tak berapa ingat mula umur berapa asyik tanya abah dan mak bila nak pergi sekolah. Akhirnya masa umur enam tahun abah hantar ke tadika kelubi (Tadika kt kampung). Maka bermula kisahku dalam dunia persekolahan. Zaman persekolahan memang sangat indah walau selalu kena marah, kena rotan, kena cubit. Tapi itulah yang menjadi punca mamasyiraah berada ditahap ini. Walaupun buat masa sekarang ni duduk rumah dan buat kerja-kerja dari rumah je, tapi aku berjaya megenggam ijazah. (Dalam bidang kejuruteraan). Emm, dah ada syarikat sendiri walaupun masih merangkak-rangkak lagi. harap-harap dapat lah projek. 
*Comel Anak Mk Yg*

Berbalik dan mengimbas kembali zaman tadika ku. Mamasyiraah memang ada masalah belajar. Susah sangat nak menulis. Jangankan kata menulis abjad, nak lukis corak pun tak bolah. Tangan rasa keras jer. Sampai cikgu tadika, Cikgu Ramlah kalau tak silap nama dia, naik begang dengan ku. Tapi aku tetap cuba walau berminggu-minggu buat corak bentuk macam ombak tapi sambung-sambung. Akhirnya siap jugak walaupun tak lah cantik manapun. Sangat lah bangga walhal rakan-rakan lain dah lama siap. Tapi aku ingat lagi, memang sangat suka alat music. Suka sangat music. Suka menyanyi, suka menari. 
Emm, bila masuk darjah satu tak pandai membaca lagi, tapi cikgu lantik jadi ketua darjah, tiga minggu jer, sebab aku duduk belakang, kanan kiri lelaki, Faisal dan Rahimi. Diorang tu nakal, biasa la budak-budak Aku pun ikut skali. Asyik main je kat belakang kelas. Dah la tak pandai membaca. Emm, mula boleh membaca rasanya yang betul-betul lancar darjah dua. Teruk jugak kena tusyen dengan mak. Ada ke mak suh baca dan hafal kamus. Kamus kanak-kanak la. Mak memang sangat garang. Tapi nah, aku ditahap ini sebab kegarangan mak. Yang sebenarnya, orang dulu-dulu tak tahu yang kadang-kadang kita ni memang ada masalah pembelajaran. 
*Dayang n Ikhwan*
Lambat, tapi boleh baik kalu ada usaha dan teknik yang betul. Macam aku minat music, cuma dulu-dulu tak ada duit nak belajar gitar ke, piano ke, biola ke. Bila kelas muzik, aku la yang paling bersemangat. Semua cikgu muzik suka kat aku. Aku tak malu kalau disuruh menyanyi, menari sampai  jadi ketua menari kat dalam kelas. He... Lagi satu aku memang sangat suka subjek matematik. Suka sangat. Sambil main dan menyanyi aku hafal sifir. 
Mula darjah tiga dah kene hafal sifir. Aku la yang paling teruja hafal sifir. Memang kat rumah main jer, tapi sambil abang, kakak, aku dan adik main lompat-lompat atas katil mak pun aku hafal sifir. Akhirnya, peperiksaan akhir tahun dapat nombor dua. Sepatutnya nombor satu, purata markah sama dengan rakan sedarjah, tapi bila cikgu tengok markah Bahasa Melayu, aku kalah la. Aku matematik yang buat purata markah tinggi. 97%...emmm, suka dapat nombor dua sebab nanti dapat hadiah daripada sekolah.
*My Big Family
Mula dari saat itu, tiba-tiba aku jadi budak pandai kat sekolah. Semua nya berlaku la aku rasa sebab aku suka matematik dan muzik. Bila kita suka math dan muzik, automatik semua subjek jadi pandai. Alam dan manusia, agama, Bahasa Inggeris pun bolah lah.  Sebab matematik menjana minda. Manipulate minda. Hehehe...akhirnya aku tergolong dalam manusia yang pandai. Aku dah mula mengarang puisi bila darjah empat. Aku dah pandai buat karangan. Budak yang tak pandai membaca dulu dah pandai buat pantun, syair dan lain-lain. Masa darjah enam, UPSR aku dapat 100% matematik. Aku terus belajar dan bekajar sampi la masuk UiTM Shah Alam. Nak masuk university lain tak ada duet. Inipun mintak PTPTN...:) Emm, itulah kisah ku. Kisah budak yang tak pandai membaca masa umur tujuh dan lapan tahun. 
*Dayang Pose*
Buat mak, terima kasih sebab denda pergi kedai 1km tak pakai kasut, dengan jalan tar panas sebab dapat nombor 17 dalam kelas masa darjah satu. :) Itulah motivasi namanya walaupun sedikit kejam. Tapi aku tahu, mak tak ada niat nak dera. Yalah, tak nak anaknya malas belajar, puas dah hidup susah. Umi janji mak dan abah, andai berjaya, nak belikan banglo, atau sekurang-kurang nya semi d untuk mak dan abah. aminnnn ya Allah....
Ha, untuk mak ngah, Dayang kecik lagi tu, biasa la kalu budak-budak gitu. Yang penting mak ngah dan akim jangan putus asa tau...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya Dayang baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan...yer mama...

2 comments:

  1. Sedihnye mak yang...ape pun hati seorang ibu terhadap anak nya kan....kadang2 baran jugak bila anak di laporkan tak berminat utk belajar,ape tah lagi telah diasingkan masuk group pelajar yang tidak mau belajar,itu yg membuatkan papa dayang naik berang!mama dayang hanya mampu berdiam diri,biarkan reda sikit ketegangan malam tadi,pergi kerja dalam keadaan rasa sedih & susah hati....balik kerja,mama dayang ader surprise untuk dayang...mama belikan lagi byk buku tulisan,untuk dia latih tangan dia menulis ...dan mama dayang belikan meja belajar untuk dia..semoga lepas ni ader peningkatan,mama dayang risau bila papa dayang tanya perkembangan di sekolah...mama dayang risau sekiranya ader negative feedback...aperpun...thanks my lovely mak yang...tp tu la Dayang and Mak yang mmg ader persamaan...dayang lagi suka mewarna...menyanyi...melaram....Bak kata papa dia,pandai bercakap tapi tak pandai menulis;-)

    ReplyDelete
  2. :) mak ngah kene kuat. mak ngah jangan mengalah. Nayang kecik lagi. Dia bijak, macam mana bijak die bercakap mcm tu jugak bijak otak die tue. cuma ciptaan Allah kadang-kadang kita tak faham kejadian nya. setiap saraf dan bahagian dalam otak ada role die. so usha kita untuk generate. tak ada orang bodoh dalam dunia, melainkan yang tak nak berusaha untuk jadi pandai. kebayakkan geniuses dalam dunia ni adalah tergolong dalam kalangan orang yan tak tahu membaca dan menulis. tapi recover sbb kesugguhan diri juga ibu bapa sebagai supporter. jd kita jgn mengalah mak ngah... chaiyok2... nayang will be a great child nanti... tengoklah...amin... :)

    ReplyDelete