Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Thursday, February 24, 2011

Mak, ratu hati ku

My mum n me...cun tak?...
My Abah...:)
Assalamualaikum buat semua sahabat yang moga-moga senantiasa dalam rahmat Allah swt. Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan masa, hari ini untuk mamasyiraah kongsikan cerita dan kisah hidup untuk sama-sama kita jadikan ikhtibar dan pedoman. Sebenarnya tidak ada apa pun yang sangat menarik, tapi sebagai manusia mamasyiraah rasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi sebab masih dibukakan pintu rezeki untuk hambanya yang daif ini di muka bumi ciptaan Nya yang maha hebat ini. Alhamdulillah, mulai minggu hadapan, mamasyiraah akan mula bekerja dan menjalankan tanggungjawap hidup. Demi membantu suami, dan demi membalas jasa kedua orang tua, selepas hampir 3 tahun memegang jawatan sebagai seorang suri rumah tangga, kini tiba masanya mamasyiraah menggunapakai kembali Ijazah Kejuruteraan Awam yang merupakan anugerah terindah dalam hidup. Sebenarnya mamasyiraah tak nak becerita mengenai kerja yang bakal mamasyiraah jawat nanti, tapi nak bercerita pengalaman menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ya Allah, rupa-rupanya bukan mudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Sebagai seorang suri rumah tangga, tiada alasan untuk kita tidak menjadikan rumah kita sebagai istana buat raja dihati kita, suami. Tiada alasan untuk kita bermalas-malas tidak mahu menjadikan rumah kita tempat suami dan anak-anak mandamaikan hati dan fikiran. Mamasyiraah akui, sepanjang menjadi suri rumah pun, mamasyiraah masih lagi mencari duit belanja dengan mengajar klas malam, tp masih lagi tiada alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawap untuk menjaga amanah suami. Bila difikirkan kembali, betapa mulia pengorbanan mak di kampung yang selama hidupnya selepas berkahwin, cuma bekerja sebagai seorang suri rumah yang memang tak bergaji. Almaklumlah, dulu abah bergaji kecil, mana la mampu nak bagi mak gaji. Jadi, mak buat kerja siang malam tanpa gaji satu sen pun dari abah. Tapi semangat dan keikhlasan hati seorang ibu, mampu menjalankan tanggungjawap itu setulus hati dengan karenah anak2 yang 10 orang. Mak memang seorang yang sangat hebat. Alhamdulillah, mak berjaya menjadi isteri yang sangat kasih kepada suaminya dan berjaya mendidik anak-anaknya menjadi orang-orang yang berjaya. Mak juga merupakan anugerah dari Allah swt yang sangat terindah dan berharga. Pengorbanan mak memang tiada galang gantinya. Mak akan sentiasa menjadi ratu hati mamasyiraah. Semoga rindu dalam hati pada mak tak akan padam sampai bila-bila pun. Mak you are the greatest mother in the world. Salam sayang pelok cium untuk mak. Terima kasih mak.....

Subuh hari pisau diasah,
Ambil sekali sebilah parang,
Untuk berkebun barang sebulan,
Biar beribu jarak terpisah,
Dihati dekat rindu tak lekang,
Mak seorang jadi pujaan.


No comments:

Post a Comment