Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Friday, February 25, 2011

Dilema Insyiraah... Sapa nak jaga ni?.....

Assalamualaikum. Kembali bersua kita walaupun tanpa wajah dan bicara. Mamasyiraah anggap semua itu sudah memadai sebab kadang-kadang berinteraksi tanpa wajah dan suara lebih menjadikan kita seorang yang terbuka dan lebih idelistik. Itu pendapat mamasyiraah, orang lain tak tahu la sebab masing-masing punya ideologi yang tersendiri. Pertama sekali hari ini buka mata, wajah yang pertama mamasyiraah nampak wajah Insyiraah anak kesayangan mama. Muka papanya tak nampak dulu sebab ayahnya dah bangun awal sikit dari mamasyiraah. Memang itulah rutin harian suamiku yang akan sentiasa bangun awal dariku dan selepas mandi barulah dia kejutkan aku bangun. Macam biasa, bila bangun je, terus terlintas dalam kotak fikiran mamasyiraah ni, jadi balik kampung malam ini atau balik esok je. Terasa berat hati nak hantar Insyiraah balik ke kampung. Minggu depan dah mula nak sibuk, pengasuh Insyiraah mengandung. Jadi terpaksa mama hantar anak mama ke kampung tinggal dengan nenek sementara mama carikan pengasuh baru. Suami  tarik muka je sejak aku kata mahu hantar Insyiraah balik kampung. Tak mahu susahkan mak dan abah kat kampung. Tapi macam mana, dah cari pengasuh, tapi tak sesuai la. Aku tak cari la, suami yang sibuk cari pengasuh untuk Insyiraah. Bukan aku tak nak cari pengasuh baru untuk Insyiraah, tapi buat sementara ini aku lebih percayakan mak dan abah aku sendiri kat kampung. Lagipun mak sedara Insyiraah boleh tolong tengok-tengokkan Insyiraah. Mak Iti cuti seminggu, jadi boleh la cik jururawat tu tolong jaga kan anak ku Insyiraah. Pening juga kepala bila memikirkan dilema Insyiraah hantar ke kampung ni. Hati memang tahu sangat suami tak suka aku hantar Insyiraah balik kampung. Alasan suami memang la betul, sebab insyiraah ada temujanji hospital, tapi sementara waktu je Insyiraah bercuti kat kampung. 
Minta-minta ada khabar gembira dari suami sebab katanya malam tadi ada kawannya nak tolong carikan pengasuh. Harap-harap adalah, jadi Insyiraah tak payah duduk kampung. Nenek dan datuk pun tak lah susah-susah jaga Insyiraah dan papa tak lah tarik muka kat mama lagi. Lagi suami ku marah sebab mungkin aku tak ada inisiatif nak cari pengasuh untuk anak dia agaknya. Alah, apalah salahnya papa yang tolong cari kan. Kita sama-sama nak cari rezeki kan. Alang-alang papa dah keluar bekerja, tolonglah tanya-tanya pada orang dan kawan-kawan tu. Bukan susah pun kan papa. Terima kasih sangat sebab tolong. Tapi kalu tak ada juga, malam ini atau esok pagi terpaksalah balik kampung hantar Insyiraah. InsyaAllah, sekejap je mama hantar yer Insyiraah. Kalu dapat mama ambil 'maid' terus. Lagi senang. Jaga Insyiraah kat rumah jek. Boleh tolong jaga rumah aku skali. :)....

2 comments:

  1. sabar ye kak..papa die nk syirah dok dkt dgn dier tuh...xmo jauh2...mst ade penyelesaian nye tuh..sabar k..

    ReplyDelete
  2. Itulah nad...sabar jek. lgpun sekejap je antar. Nak cr pengasuh yg betul2 bleh jg syiraah sepenuh hati susah nad. Takut jgk skang ni. Emm, yg pntg syiraah ok duduk dgn nenek dan atuk die... kt kg pun ramai sepupu2 die...:)

    ReplyDelete