Me, LiL' Insyiraah n Mr. hubby

Tuesday, December 6, 2011

Indah

Asssalamualaikum. Ketemu kite sahabat maya tanpa wajah tanpa suara, tapi dekat curahan rasa. Alhamdulillah, masih ada kesempatan MS (MS-mamasyiraah :)) nak berkongsi rasa. Bulan ni masuk 3 bulan MS bekerja ditempat baru. Aik, tukar keje lagi MS ni. Emm, bukan niat dihati, tapi ada rasanya seribu kebaikkan bekerja kat sini, Jurutera Perunding SB. Dekat dengan rumah MS dan rasa macam baru lah mengaplikasi apa yang MS belajar di universiti dulu. Hehe...sekali lagi rasa syukur ke hadrat Allah swt. Rasa macam dah berkarat pulak otak ni sebab lama sangat MS tak menulis ni. MS cuma nak berkongsi sajak je hari ni. Jom..
 Indah Itu Suamiku

Semalam ada kenangan,
hari ini bakal mencipta kenangan dan esok masih lagi merancang
Tapi keindahan semalam masih terbayang
Bisakah ku ulang setiap saat keindahan semalam pada hari ini
Masih bisakah kurancang keindahan itu untuk berulang kembali
Andai ada izin dari Dia yang maha mengetahui 
maka indah itu pasti akan kembali
Untuk dia, 
suamiku tercinta keindahan itu ada pada kamu
Ciptakan untukku setiap kali kita bersama
Tapi jika itu tidak bisa mungkin
Cukup sekali sebelum kupejam mata untuk selamat tinggal selamanya.

PS: I Love You

Friday, March 11, 2011

Ya Allah, Bila Dah Kaya

Assalamualaikum wbt. Dah berabad lama rasanya mamasyiraah tak jenguk laman kesayangan peneman dan pencurah rasa ni. Rindu rasanya. Alhamdulillah, syukur pada Allah swt masih diberi mamasyiraah kesempatan nyawa dan masa untuk menulis sepatah dua kata untuk berkongsi cerita hidup dengan teman-teman yang melewati laman mamasyiraah ni. Hari ini mamasyiraah nak bercerita kisah bukan mengenai diri sendiri, tapi keadaan sekeliling dan ragam manusia sepanjang dua minggu mamasyiraah berkerja. Mamasyiraah masih lagi nak panjatkan rasa sangat-sangat bersyukur pada Allah swt sebab diberi kekuatan dan ketabahan hati menepuhi cabaran dan dugaan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak syarikat tempat mamasyiraah bekerja. Cerita yang nak ditulis hari ini bertujuan untuk mengingatkan diri dan juga teman-teman mama agar sentiasa bersyukur dan sedar siapa diri kita dimuka bumi Allah ini. Sebagai manusia kita adalah sama darjatnya disisi Allah swt tetapi yang membezakan kita adalah amal ibadat kita. Maka beruntunglah mereka yang dipilih Allah swt kaya harta didunia dan tinggi amal ibadatnya. Bila seseorang itu lengkap amalnya, dan ada sekelumit taqwa didalam hati maka harta didunia bukan penyebab untuk mereka menjadikan itu alasan dia berbeza daripada individu lain dan harus dipandang dan diangkat darjatnya oleh manusia. Tiada ajaran di dalam sebarang kitab agama islam yang mengatakan sebegitu rupa hanya sekiranya seseorang individu itu ingin mengangkat martabat individu lain tanpa berlebihan kerana kayanya ilmu agamanya. Sepanjang mamasyiraah bekerja sempat mamasyiraah mengamati perjalanan hidup manusia yang memang kadang-kadang melampaui batas pemikiran yang senteng ilmunya. Memang tiada hak untuk mana-mana antara manusia untuk menilai manusia lain hatta menjatuhkan hukuman bahawa salah perlakuan seseorang itu, tetapi sebagai manusia kita harus ingat, selagi kita berpijak dibumi yang sama, bernafas dengan angin yang sama, kita adalah sama. Setinggi mana darjat seseorang itu tak akan jatuh darjatnya kalau sekali-sekala kepala yang sering didongak kelangit diturunkan sedikit. Tundukkan rasa dan perhatikan mereka yang tak diberi Allah swt kesempatan merasa kakayaan dunia tapi ada kekayaan jiwa. Tak akan rugi harta berjuta kalau diberi kesempatan mulut milik Allah swt itu mengucap salam kepada mereka yang berada dibawah. Tak akan rugi masa andai sesaat diberi kesempatan menegur ramah orang yang kurang. Tak akan busuk wangi di badan andai ada rasa simpati pada si miskin yang duduk ditepi jalan. Entahlah, manusia kalau sering berada di atas sudah tak kenal lumrahnya alam yang pastinya mereka akan kebawah juga. Kebawah sana yang kekal abadi. Sedikit rasa kecewa orang lain yang kita palitkan, mungkin akan besar balasannya di sana nanti. Sebagai manusi hina dan lemah, mamasyiraah mengingatkan diri sendiri dan teman-teman agar perelokkan tingkahlaku dan bahasa agar setiap hati dapat dijaga meskipun bergunung emas harta kita didunia ini. Dan andai kata diberi Allah swt dugaan untuk mamasyiraah dan keluarga untuk jadi orang berharta dan berpangkat didunia mohon Allah swt kekalkan rasa rendah diri dalam hati buat mamasyiraah dan keluarga. Tapi andai kata rezeki Allah swt untuk mamasyiraah dan keluarga sederhana mamasyiraah bersyukur ke hadrat Allah swt dengan tingginya kurniaan kewarasan hati yang telah diberi. Alhamdulillah.....Syukur....

Semoga kita semua dipelihara akhlak dan tutur bicara oleh Allah swt.... amin...

Nukilan rasa cinta mamasyiraah.....:)

Friday, February 25, 2011

Dilema Insyiraah... Sapa nak jaga ni?.....

Assalamualaikum. Kembali bersua kita walaupun tanpa wajah dan bicara. Mamasyiraah anggap semua itu sudah memadai sebab kadang-kadang berinteraksi tanpa wajah dan suara lebih menjadikan kita seorang yang terbuka dan lebih idelistik. Itu pendapat mamasyiraah, orang lain tak tahu la sebab masing-masing punya ideologi yang tersendiri. Pertama sekali hari ini buka mata, wajah yang pertama mamasyiraah nampak wajah Insyiraah anak kesayangan mama. Muka papanya tak nampak dulu sebab ayahnya dah bangun awal sikit dari mamasyiraah. Memang itulah rutin harian suamiku yang akan sentiasa bangun awal dariku dan selepas mandi barulah dia kejutkan aku bangun. Macam biasa, bila bangun je, terus terlintas dalam kotak fikiran mamasyiraah ni, jadi balik kampung malam ini atau balik esok je. Terasa berat hati nak hantar Insyiraah balik ke kampung. Minggu depan dah mula nak sibuk, pengasuh Insyiraah mengandung. Jadi terpaksa mama hantar anak mama ke kampung tinggal dengan nenek sementara mama carikan pengasuh baru. Suami  tarik muka je sejak aku kata mahu hantar Insyiraah balik kampung. Tak mahu susahkan mak dan abah kat kampung. Tapi macam mana, dah cari pengasuh, tapi tak sesuai la. Aku tak cari la, suami yang sibuk cari pengasuh untuk Insyiraah. Bukan aku tak nak cari pengasuh baru untuk Insyiraah, tapi buat sementara ini aku lebih percayakan mak dan abah aku sendiri kat kampung. Lagipun mak sedara Insyiraah boleh tolong tengok-tengokkan Insyiraah. Mak Iti cuti seminggu, jadi boleh la cik jururawat tu tolong jaga kan anak ku Insyiraah. Pening juga kepala bila memikirkan dilema Insyiraah hantar ke kampung ni. Hati memang tahu sangat suami tak suka aku hantar Insyiraah balik kampung. Alasan suami memang la betul, sebab insyiraah ada temujanji hospital, tapi sementara waktu je Insyiraah bercuti kat kampung. 
Minta-minta ada khabar gembira dari suami sebab katanya malam tadi ada kawannya nak tolong carikan pengasuh. Harap-harap adalah, jadi Insyiraah tak payah duduk kampung. Nenek dan datuk pun tak lah susah-susah jaga Insyiraah dan papa tak lah tarik muka kat mama lagi. Lagi suami ku marah sebab mungkin aku tak ada inisiatif nak cari pengasuh untuk anak dia agaknya. Alah, apalah salahnya papa yang tolong cari kan. Kita sama-sama nak cari rezeki kan. Alang-alang papa dah keluar bekerja, tolonglah tanya-tanya pada orang dan kawan-kawan tu. Bukan susah pun kan papa. Terima kasih sangat sebab tolong. Tapi kalu tak ada juga, malam ini atau esok pagi terpaksalah balik kampung hantar Insyiraah. InsyaAllah, sekejap je mama hantar yer Insyiraah. Kalu dapat mama ambil 'maid' terus. Lagi senang. Jaga Insyiraah kat rumah jek. Boleh tolong jaga rumah aku skali. :)....

Thursday, February 24, 2011

Mak, ratu hati ku

My mum n me...cun tak?...
My Abah...:)
Assalamualaikum buat semua sahabat yang moga-moga senantiasa dalam rahmat Allah swt. Alhamdulillah, akhirnya ada juga kesempatan masa, hari ini untuk mamasyiraah kongsikan cerita dan kisah hidup untuk sama-sama kita jadikan ikhtibar dan pedoman. Sebenarnya tidak ada apa pun yang sangat menarik, tapi sebagai manusia mamasyiraah rasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi sebab masih dibukakan pintu rezeki untuk hambanya yang daif ini di muka bumi ciptaan Nya yang maha hebat ini. Alhamdulillah, mulai minggu hadapan, mamasyiraah akan mula bekerja dan menjalankan tanggungjawap hidup. Demi membantu suami, dan demi membalas jasa kedua orang tua, selepas hampir 3 tahun memegang jawatan sebagai seorang suri rumah tangga, kini tiba masanya mamasyiraah menggunapakai kembali Ijazah Kejuruteraan Awam yang merupakan anugerah terindah dalam hidup. Sebenarnya mamasyiraah tak nak becerita mengenai kerja yang bakal mamasyiraah jawat nanti, tapi nak bercerita pengalaman menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Ya Allah, rupa-rupanya bukan mudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Sebagai seorang suri rumah tangga, tiada alasan untuk kita tidak menjadikan rumah kita sebagai istana buat raja dihati kita, suami. Tiada alasan untuk kita bermalas-malas tidak mahu menjadikan rumah kita tempat suami dan anak-anak mandamaikan hati dan fikiran. Mamasyiraah akui, sepanjang menjadi suri rumah pun, mamasyiraah masih lagi mencari duit belanja dengan mengajar klas malam, tp masih lagi tiada alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawap untuk menjaga amanah suami. Bila difikirkan kembali, betapa mulia pengorbanan mak di kampung yang selama hidupnya selepas berkahwin, cuma bekerja sebagai seorang suri rumah yang memang tak bergaji. Almaklumlah, dulu abah bergaji kecil, mana la mampu nak bagi mak gaji. Jadi, mak buat kerja siang malam tanpa gaji satu sen pun dari abah. Tapi semangat dan keikhlasan hati seorang ibu, mampu menjalankan tanggungjawap itu setulus hati dengan karenah anak2 yang 10 orang. Mak memang seorang yang sangat hebat. Alhamdulillah, mak berjaya menjadi isteri yang sangat kasih kepada suaminya dan berjaya mendidik anak-anaknya menjadi orang-orang yang berjaya. Mak juga merupakan anugerah dari Allah swt yang sangat terindah dan berharga. Pengorbanan mak memang tiada galang gantinya. Mak akan sentiasa menjadi ratu hati mamasyiraah. Semoga rindu dalam hati pada mak tak akan padam sampai bila-bila pun. Mak you are the greatest mother in the world. Salam sayang pelok cium untuk mak. Terima kasih mak.....

Subuh hari pisau diasah,
Ambil sekali sebilah parang,
Untuk berkebun barang sebulan,
Biar beribu jarak terpisah,
Dihati dekat rindu tak lekang,
Mak seorang jadi pujaan.


Monday, February 14, 2011

* My Husband, My House and My action*

*DreaM HouSe*
Did you ever think whenever every time you want to walk out from you house heading out to somewhere for outdoor activities, or out for some occasion. Don't you feel inside your heart how you are really going to miss your home every single time when you spend it not in your house. Question in my mind, how really people enjoying life at our residential?
Some people rather to stay at home than going out even though there are nothing to do. Spending their very leisure time at home giving 100% satisfaction and not the less some people state that their residential is the most peaceable place. 
Why this occur? Why these some of people choose to stay at home, with their love ones. After hundreds of years feel like nothing can make them bored staying at home especially man. This sound very strange when a man really loves to stay than going out with friends and do activities outside. I am wondering if that kind of men really exist in this world. Yes, there are but very rare in this time. 
*Nice LiVInG Room*
As a wife and a mother I really feel great because my husband is a man that have been having that sort of attitude. As a wife and mother I really thankful to God because giving me such a good husband at this time being because I can't give 100% guarantee that he will not turn to the other type of man that can't even to sit for 5 minutes at home one day. Wish he can be that until forever. Beyond my intention to say that this kind of man antisocial sort of person, but there so many thing you can do to make your house is the one and only place that everybody can get calmness.
*TiMe to Sleep*
The first action is always make our house very comfortable not only to our self but make it to others too. Make sure your residential always well arrangements especially all the equipment and the very important thing is to make sure your residential clean especially in women territory, kitchen. Furthermore, for those that have kids that always come with the very creative and imaginative ideas and always want to make messy just let they do that but as a mother we need to control and let them do it at the rite channel. For the example, let them do all the messy activities in their special wonderland room. Beside that and not to forget, our bedroom must be always in well arrangement, proper condition and the important thing clean.
*Kitchen*
As for me, there is nothing so impossible to us to make our husband love to be and live at home. Not to deter our husband to enjoy their social life, but just to make sure that they really feel comfortable and crazy to live their life at home. Indeed, there is very importanty to make sure every single time at home just like heaven to ours family and our self because everything begin at home. :)

Be a perfect wife and mum... written by: MamaSyiraah
Learn to write, Love to write

Sunday, February 13, 2011

-SePi Itu SaHabaT ku-

Setiap detik berlalu,
Menginjak waktu dan usiaku,
Mengubah angin yang semakin sayu bertiup,
Menghakis rasa yang terasa semakin tawar,
Membukit pilu menggunung senyap,
Awan semakin gelap berarak bagai tiada arah,
Matahari kadang hilang dibalik awan itu,
Seri malam semakin pudar bintang hadir beribu, sejuta sendunya,
Hangatnya malam semakin salju, sesalju kotak hatimu yang teguris luka,
Langkah semakin lemah nafas sesak terasa berat,
Semakin kutunggu cahaya itu, semakin jauh duduknya,
Semakin kutunggu suara itu semakin sepi,
Sepi walau terlalu dekat sehingga setiap helaian nafas kudengari nyata,
Hari ini dewasa ini mengajar aku,
Sepi itu indah, sepi itu sahabatku,
Sepi itu tamanku, taman ku bermain masa menunggu sinar,
Sepi itu terlalu setia mengiring luka menunggu cinta,
Sepi walau riuh ceritanya...
Sepi itu sahabatku, 
Sahabat yang tak pernah kupingin,
Sepi itu telah mengajar aku erti sabar dan erti menerima,
Sepi itu mengajar aku erti hidup, 
Mengajar tentang hakikat hidup yang kita tak punya,
Sepi itu sahabatku,
Mungkin sepi akan tinggalkan aku,
Atau mungkin aku yang akan tinggalkannya tanpa sempat kutemui cahaya ITU........